Carousell Bergabung Dengan Telenor Group Untuk Mengukuhkan Kedudukannya Di Asia Tenggara Comments Off on Carousell Bergabung Dengan Telenor Group Untuk Mengukuhkan Kedudukannya Di Asia Tenggara 189

Sebagai salah satu daripada platform pasaran mudah alih terbesar, Carousell hari ini telah menandatangani perjanjian dengan Telenor Group, iaitu salah satu daripada syarikat telekomunikasi terbesar di dunia. Sebagai sebahagian daripada ekuiti dan perjanjian tunai ini, Carousell akan bergabung dengan 701Search yang memiliki Mudah.my (Malaysia), Cho Tot (Vietnam), dan juga OneKyat (Myanmar).

Melalui penggabungan ini, Carousell bakal bernilai lebih daripada USD850 juta (~RM3.5 bilion). Malah Telenor Group juga menjadi pemegang saham minoriti terbesar di Carousell, dengan memiliki 32% daripada gabungan syarikat tersebut.

Berikutan dengan penggabungan ini, pasukan hab serantau 701Search yang beroperasi di Singapura akan disepadukan sepenuhnya ke Carousell. Manakala Mudah.my, Cho Tot dan juga OneKyat akan mengekalkan nama serta platform sedia ada, dan akan mengekalkan operasi di negara masing-masing.

Bersama teknologi maju dan intuitif Carousell, serta jangkauan hyperlokal dan pengalaman luar syarikat Telenor Group, ia akan terus mendorong visi Classifieds 4.0 Carousell dalam mengimaginasi semula iklan kecil atas talian, seterusnya menjadikan penjualan dan pembelian barangan terpakai sebagai pilihan utama.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend