Cabutan Bertuah Sempena Hari Pertama Jualan Vivo V17 Pro Tawar Wang Tunai Sehingga RM1000 Comments Off on Cabutan Bertuah Sempena Hari Pertama Jualan Vivo V17 Pro Tawar Wang Tunai Sehingga RM1000 156

Seperti yang telah diumumkan oleh Vivo Malaysia, model terbaharu Vivo V17 Pro sebelum ini telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober 2019. Didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Knight Black dan Crystal White, spesifikasi dan juga harga jualan rasmi Vivo V17 Pro akan diumumkan secara rasmi esok.

Menariknya, bersempena dengan hari jualan pertama Vivo V17 Pro yang akan berlangsung pada 4 Oktober 2019 (Jumaat), Satu Gadget akan menganjurkan aktiviti cabutan bertuah yang akan diadakan di Vivo Concept Store, Menara PGRM, Cheras. Selain aktivti cabutan bertuah yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM1000, pengunjung juga berpeluang membeli aksesori pada harga RM1.

Aktiviti cabutan bertuah bersempena hari pertama jualan Vivo V17 Pro ini terbuka untuk semua pelanggan yang membeli mana-mana model Vivo di Satu Gadget pada April 2019 hingga 4 Oktober 2019. Setiap pembelian yang telah dibuat secara automatik akan menerima satu tiket penyertaan untuk cabutan bertuah.

Bersempena dengan pelancaran Vivo V17 Pro, Satu Gadget akan turut berkolaborasi dengan TeknoRatz untuk mengadakan Facebook Live Vivo V17 Pro pada 2 Oktober 2019 (8 malam). Penonton yang setia menyaksikan Facebook Live akan turut berpeluang untuk menjadi pemenang seunit Vivo Y91 dan 4 unit Vivo Plush Toys.

Baca juga:

[EKSKLUSIF] Vivo V17 Pro Dijangka Akan Dijual Pada Harga RM1699 Di Malaysia Dalam Dua Warna Pilihan

Spesifikasi Kamera Vivo V17 Pro Kini Disahkan Secara Rasmi, Tiba Di Malaysia Pada 1 Oktober 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend