Bye Siri!!! Spotify Membangunkan Sendiri Fungsi Kawalan Suara Comments Off on Bye Siri!!! Spotify Membangunkan Sendiri Fungsi Kawalan Suara

Spotify sedang menguji ciri kawalan suara yang membolehkan pengguna mengakses artis, lagu serta album dengan lebih pantas hanya dengan menggunakan arahan suara. Fungsi ini sudah pun mula dilepaskan kepada beberapa pengguna Spotify di platform iOS.

Spotify sudah pun mengesahkan ujian fungsi tetapi tidak mahu memberikan sebarang komen rasmi mengenainya. “Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman Spotify untuk pengguna kami, tetapi kami tidak mempunyai sebarang maklumat untuk dikongsi pada masa ini,” kata syarikat itu.



Untuk mengakses ciri carian suara ini, anda cuma perlu tap ikon carian di dalam aplikasi, dan jika anda mempunyai akses kepada fungsi ini, ikon mikrofon akan dipaparkan di dalam aplikasi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend