Budak Berusia 7 Tahun Tertelan AirPods Yang Diterimanya Pada Hari Krismas Comments Off on Budak Berusia 7 Tahun Tertelan AirPods Yang Diterimanya Pada Hari Krismas

Baru berusia 7 tahun, seorang kanak-kanak lelaki telah menerima AirPods sebagai hadiah pada hari Krismas yang disambut pada 25 Disember 2019 yang lalu. Namun kegembiraan itu tidak kekal lama apabila dia telah dikejarkan ke bilik kecemasan selepas tertelan salah satu daripada AirPods itu selepas beberapa hari menerima hadiah mahal tersebut.

Berdasarkan imbasan X-ray yang dikongsikan, jelas dapat dilihat bentuk AirPods di dalam perut kanak-kanak malang itu berikutan kewujudan logam pada bahagian dalam aksesori audio tanpa wayar keluaran Apple. Menurut kanak-kanak itu, dia tertelan AirPods itu apabila meletakkan bahagian hujung aksesori itu di mulutnya dan telah menelannya tanpa disengajakan.

Apa yang menjadi kerisauan kanak-kanak lelaki tersebut adalah bagaimana untuk mengeluarkan AirPods itu dari dalam perutnya, tetapi  doktor yang merawat telah meyakinkannya bahawa ia akan dikeluarkan secara semula jadi.

Manakala ibu kepada kanak-kanak lelaki yang menghadiahkan AirPods itu kepadanya telah phobia dan bercadang untuk terus menggunakan earphone berwayar sahaja selepas insiden tersebut.

sumber, melalui

Baca juga:

Apple AirPods Pro Berharga RM1099 Kini Mula Dijual Di Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend