Buat Belian Juadah Di Bazar Ramadhan Kampung Baru Tanpa Tunai Dengan eDompet Touch ‘n Go Comments Off on Buat Belian Juadah Di Bazar Ramadhan Kampung Baru Tanpa Tunai Dengan eDompet Touch ‘n Go

Sambutan Ramadhan pada tahun ini telah mendapat satu pendekatan yang baharu apabila anda boleh membuat belian juadah iftar di bazar Ramadhan Kampung Baru tanpa perlu membawa wang tunai untuk membuat bayaran. Kini anda boleh menggunakan eDompet Touch ‘n Go di bazar ‘Tanpa Tunai’ bagi menggambarkan semangat #RayaSempoi yang ditawarkan oleh eDompet tersebut.

Pengguna eDompet Touch ‘n Go kini boleh membuat bayaran pelbagai juadah di kira-kira 400 pengusaha di bazar berkenaan dengan mengimbas kod QR peniaga. Menariknya anda juga boleh berbuka puasa beramai-ramai di Halaman Sempoi yang terletak di Rumah Warisan di Kampung Baru.

Sebagai sebahagian daripada promosi ‘Ketupat Runtuh’, setiap belian yang di bazar Ramadan Kampung Baru itu turut memberi peluang untuk anda menerima pulangan tunai berjumlah RM1,000,000. Tidak cukup dengan itu, anda juga boleh bersedekah melalui derma ikhlas melalui eDompet Touch ‘n Go dengan mengimbas kod QR yang terdapat di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru.

Selain daripada bazar ‘Tanpa Tunai’ di bazar Ramadhan Kampung Baru, eDompet Touch ‘n Go turut menganjurkan satu program yang memastikan lebihan makanan di bazar akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Lebihan makanan akan dikumpul dan dibungkuskan oleh sukarelawan sebelum diagihkan kepada gelandangan serta golongan miskin di bandar.

Inisiatif ini telah diterajui oleh Yang Amat Mulia Tengku Datin Paduka Setia Zatashah binti Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan kerjasama bersama Kechara Soup Kitchen. Puteri Negeri Selangor ini juga turut mengunjungi bazar ‘Tanpa Tunai’ dan mengagihkan bubuk lambuk kepada orang ramai di Masjid Jamek.

Muat turun aplikasi eDompet Touch ‘n Go:

Baca juga:

Bayar Dengan E-Dompet Touch ‘n Go Untuk Pulangan Tunai Sehingga RM1000 – ‘Ketupat Runtuh RM1,000,000’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend