Boost Tawar Rakyat Malaysia Perlindungan Insurans Percuma Untuk COVID-19 Comments Off on Boost Tawar Rakyat Malaysia Perlindungan Insurans Percuma Untuk COVID-19

Boost selaku peneraju eDompet gaya hidup dengan kerjasama Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) telah memperkenalkan perlindungan insurans hayat percuma, esklusif untuk pengguna eDompet Boost. Ini secara tidak langsung menjadikan Boost sebagai satu-satunya eDompet di negara ini yang menawarkan bantuan dan perkhidmatan berkaitan kesihatan ketika wabak Coronavirus melanda.

Antara 24 Februari 2020 sehingga 30 April 2020, pengguna Boost premium yang telah disahkan dan bukannya pelanggan PAMB dan Prudential BSN Takaful sedia ada, layak untuk menyertainya secara percuma. Sekiranya pengguna didiagnos di salah satu daripada 26 hospital yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Perlindungan Insurans Hayat Berkumpulan bernilai RM5000 secara percuma akan diberikan.

Untuk menyertai Insurans Hayat Prudential percuma untuk perlindungan istimewa COVID-19, pengguna Boost yang disahkan hanya perlu menekan tab ‘COVID-19 Coverage’ di dalam aplikasi Boost.

Perlindungan insurans ini terbuka untuk pengguna Boost premium berumur antara 18 hingga 55 tahun sahaja, dan ia terhad untuk 200,000 pendaftaran terawal sahaja. Pengguna Boost akan menerima status pendaftaran dalam-aplikasi dalam tempoh 3 hari bekerja.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend