Boost Lancar Kempen Hari Raya Untuk Memudahkan Anda Membuat Persediaan Comments Off on Boost Lancar Kempen Hari Raya Untuk Memudahkan Anda Membuat Persediaan

Ramadan dan Hari Raya pada tahun ini akan menjadi sangat berbeza berbanding tahun-tahun yang sudah. Persiapan menyambut Hari Raya dengan membeli barangan di kedai-kedai di sekitar juga tidak dapat dilakukan malah setiap orang digalakkan menggunakan saluran atas talian sepanjang tempoh PKP ini.

Bagi melancarkan sambutan perayaan kali ini, Boost telah melancarkan kempen #BolehRayaDenganBoost. Kempen ini menawarkan perkhidmatan pembayaran zakat, menyediakan juadah Raya, pakaian Raya, dan lain-lain lagi.

Boost juga menyediakan tawaran Raya yang menarik seperti dengan adanya pulangan tunai dari rakan niaga utama termasuk:

  • Pakej buka puasa dari PichaEats, dahmakan dan DeliverEat serta tawaran penghantaran makanan oleh Pizza Hut dan tawaran take-away di KFC.
  • Jenama fesyen seperti ZALORA, MIMPIKITA, NAELOFAR, L’Oréal dan HERMO.
  • Tawaran hebat atas talian di Courts Online Store dari rangkaian kedai perabot dan perkakas elektronik Courts.
  • ‘Cashback’ untuk pengguna yang membayar bil dan menambah nilai kredit telefon mudah alih melalui Boost.
  • Peminat e-sukan dan hiburan boleh menikmati tawaran daripada Garena, SEAGM, PUBGM dan Viu sepanjang tempoh PKP.

Bagi mereka yang keluar untuk mencari keperluan harian, Boost sedia untuk digunakan di pasaraya seperti Tesco, Mydin, Giant, Aeon Big, Servay, Bataras, Farley, Everrise, Sunshine, C-Mart, dan TMG Mart termasuklah farmasi seperti Watsons, Guardian, Caring, Alpro Pharmacy dan BIG Pharmacy.

Boost juga akan memperkenalkan ciri baharu di aplikasi yang mana dalam satu bulan akan datang pengguna boleh menikmati penjimatan dan tawaran yang lebih banyak.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend