Boost Jalin Kerjasama Dengan UnionPay International Bagi Menawarkan Persekitaran Tanpa Tunai Yang Lebih Meluas Comments Off on Boost Jalin Kerjasama Dengan UnionPay International Bagi Menawarkan Persekitaran Tanpa Tunai Yang Lebih Meluas

Boost selaku aplikasi e-dompet yang berkembang pesat di negara ini, telah mengumumkan kerjasama dengan jenama pembayaran global UnionPay dengan tujuan untuk memperluaskan lagi penggunaannya di Malaysia dan juga luar negara.

Kerjasama dengan UnionPay dijangka mampu menjanjikan persekitaran tanpa tunai yang lebih meluas kepada pengguna aplikasi Boost. Ini kerana UnionPay menawarkan sokongan pembayaran menggunakan kad di lebih 170 buah negara, sekaligus memastikan penawaran perkhidmatan berkualiti tinggi dan lebih selamat di seluruh dunia.

Boost yang memiliki lebih daripada 2.7 juta pengguna dengan peniaga dalam talian dan luar talian di lebih 30,000 titik sentuh ini telah direka khusus untuk menggantikan dompet fizikal bagi memudahkan proses transaksi yang lebih mudah dan pantas. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, perancangan jangka masa panjang adalah untuk memanfaatkan urus niaga di peringkat global ataupun tempatan.

Muat turun aplikasi Boost:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend