BOE Mampu Mengatasi Kemampuan Penghasilan Panel OLED Fleksibel Keluaran Samsung 0 290

Tahun 2019 bakal menyaksikan trend telefon pintar dengan sokongan panel skrin fleksibel, dan dalam usaha untuk merealisasikannya beberapa pengeluar panel OLED fleksibel dilihat telah mula giat menghasilkannya bagi memenuhi permintaan pasaran.

Baru-baru ini ada sumber yang boleh dipercayai telah berkongsi bahawa BOE Technology dilaporkan mampu mengatasi kemampuan penghasilan panel OLED fleksibel keluaran Samsung Display menjelang penghujung tahun 2019 nanti. Bahkan pembuat panel skrin dari China ini juga dikatakan telah berjaya meningkatkan keluarannya, berikutan pemberian subsidi daripada kerajaan.

Perkara ini adalah tidak mustahil kerana BOE baru sahaja selesai menyiapkan kilang pengeluaran panel OLED fleksibel yang ketiga di Mianyan, China, pada awal tahun ini. Menurut laporan itu lagi, BOE Technology dikatakan berupaya menghasilkan sebanyak 48,000 panel setiap bulan dengan kos penghasilan yang semakin baik.

Sebagai rujukan, panel AMOLED keluaran BOE telah dihasilkan sejak tahun 2017 yang lalu, dan ia telahpun digunakan dalam kuantiti yang kecil untuk model Huawei Mate 10. Bahkan pada suku ketiga tahun 2018, BOE berjaya mengatasi LG Display sebagai pembekal panel AMOLED terbesar untuk model Huawei Mate 20 Pro.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend