BOE Labur RM28 Bilion Untuk Paparan AMOLED Generasi Ke-6 Comments Off on BOE Labur RM28 Bilion Untuk Paparan AMOLED Generasi Ke-6

BOE merupakan pembekal paparan AMOLED terbesar dari China. Syarikat ini telah bekerjasama dengan beberapa pengeluar telefon pintar seluruh dunia malah salah satu peranti yang menggunakan paparan daripada mereka adalah Huawei Mate 20 Pro.

Terbaru, BOE mengumumkan mereka bercadang untuk menghasilkan AMOLED generasi ke-6 di kilang mereka di Fuzhou dengan nilai pelaburan sebanyak CNY46.5 bilion (~RM28 bilion). Perjanjian rangka kerja bagi projek talian pengeluaran AMOLED (fleksibel) Generasi ke-6 BOE dilaporkan telah dijalinkan bersama kerajaan Perbandaran Fuzhou dan kerajaan Perbandaran Fuqing.

Menurut perjanjian ini, kuantiti pengeluaran kepingan AMOLED bakal mencecah 48,000 keping sebulan. Namun, tiada maklumat peranti daripada jenama mana yang akan menggunakan teknologi ini. Melalui pelaburan ini, BOE dikatakan bakal menerima percambahan nilai syarikat sebanyak CNY11.4 bilion (~RM7.1 bilion) yang dijangka dapat memberi saingan sengit kepada Samsung tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend