BlackBerry Menamatkan Program Android Oreo Beta Untuk Model KEYone Kerana Versi Stabil Akan Diperkenalkan Comments Off on BlackBerry Menamatkan Program Android Oreo Beta Untuk Model KEYone Kerana Versi Stabil Akan Diperkenalkan

Baru-baru ini BlackBerry telah mengumumkan untuk menamatkan program Android Oreo Beta yang sebelum ini diumumkan untuk model BlackBerry KEYone. Menurut BlackBerry, keputusan ini telah dibuat berikutan ketersediaan kemas kini versi stabil Android Oreo akan diperkenalkan kepada semua pemilik model tersebut sekitar bulan Oktober dan November.

BlackBerry KEYone telah diperkenalkan secara rasmi pada Mei 2017 yang lalu dan ia telah dioperasikan dengan platform Android Nougat. Jadi melalui sokongan versi baharu Android Oreo ini, pemilik peranti tersebut sudah boleh menikmati pelbagai fungsi seperti PiP (Picture-in-Picture, ciri Autofill, dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend