BlackBerry Lancar Evolve Dan Evolve X Dengan Skrin 18:9, Dwi Kamera, Bateri Besar Comments Off on BlackBerry Lancar Evolve Dan Evolve X Dengan Skrin 18:9, Dwi Kamera, Bateri Besar

Tempoh hari kami ada bawakan artikel berkenaan tarikh pelancaran dua produk terbaharu daripada BlackBerry. Hari ini, dua telefon pintar tersebut telahpun dilancarkan secara rasmi di India memperlihatkan dua nama iaitu Evolve dan Evolve X.

Peranti ini tidak seperti Key2 yang hadir dengan papan kekunci Qwerty sebaliknya didatangkan dengan paparan 18:9 bersaiz 5.99-inci FHD+ 2160 x 1080 piksel. Walaupun kedua-dua model ini menggunakan jenis paparan yang sama tetapi perkakasan dalamannya adalah berbeza.

Evolve telah dikuasakan dengan Android 8.1 Oreo serta cipset Snapdragon 450 dan 4GB RAM, sementara pada Evolve X ia menggunakan cipset yang lebih baik menerusi Snapdragon 660 dan 6GB RAM – sama seperti model Key2. Dua peranti ini menawarkan keluasan storan sebesar 64GB dengan sokongan kad microSD. Ia dimuatkan dengan bateri 4,000mAh berteknologi Quick Charge 3.0 dan lebih istimewanya Evolve X menyokong pengecasan tanpa wayar dan didatangkan dengan adapter pengecas tanpa wayar didalam kotak pembungkusan.

Jabatan kamera melihatkan Evolve hadir dengan sensor 13MP+13MP dengan aperture f/2.0 dan kamera pada Evolve X menggunakan 12MP+13MP dengan aperture yang lebih rendah f/1.8. Teknologi Tetra Pixel yang menguasakan sensor 16MP f/2.0 pula telah ditempatkan di kamera depan Evolve dan Evolve X.

Bagi melengkapkan dua model ini, BlackBerry telah meletakkan ciri dan sokongan lain seperti sambungan USB Type-C, USB OTG, rangkaian 4G LTE, bicu audio, serta pengimbas cap jari termasuk sokongan pengecaman wajah.

BlackBerry Evolve dijual secara eksklusif di Amazon India pada harga Rs.24,990 (~RM1,484) manakala Evolve X pula pada harga Rs.34,990 (~RM2,078) seunit. Setakat ini, untuk pasaran Malaysia ia masih belum diumumkan oleh pihak BlackBerry.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend