BlackBerry Key2 Menjengah Pasaran Malaysia Minggu Ini Dengan Rekaan Ikonik QWERTY Comments Off on BlackBerry Key2 Menjengah Pasaran Malaysia Minggu Ini Dengan Rekaan Ikonik QWERTY

BlackBerry jenama yang berasal dari Kanada telah melancarkan BlackBerry Key2 secara global bulan lepas. Hari ini, kami dimaklumkan bahawa peranti tersebut akan dilancarkan di Malaysia pada tarikh 10 Julai 2018 iaitu esok.

BlackBerry Key2 ialah sebuah telefon pintar berkuasa Android yang dipadankan dengan papan kekunci QWERTY. Seperti yang anda tahu, QWERTY antara salah satu rekaan unik telefon pintar BlackBerry sejak dulu lagi.

Sebelum ini kami ada bawakan artikel mengenai spesifikasi dan ciri-ciri yang ditawarkan. Secara ringkasnya, peranti ini dilengkapi paparan skrin 4.5-inci IPS LCD FHD+, pemproses Qualcomm Snapdragon 660, bateri berkapasiti 3,500mAh, sistem dwi kamera utama serta dijana Android 8.1 Oreo.

Jadi, varian apakah yang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia, kita akan ketahuinya esok.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend