BlackBerry KEY2 Kini Sah Memasuki Pasaran Malaysia Pada Harga RM2,599 Comments Off on BlackBerry KEY2 Kini Sah Memasuki Pasaran Malaysia Pada Harga RM2,599

BlackBerry KEY2 kini dilancarkan di pasaran tempatan secara rasmi. Dibawakan oleh Brighstar Sdn. Bhd dengan kerjasama Shopee, peranti ini boleh mula dibeli bermula 12 Julai 2018 pada harga RM2,599 seunit.

BlackBerry KEY2 menawarkan telefon pintar yang berteraskan sistem operasi Android 8.1 Oreo yang dijana cipset Qualcomm Snapdragon 660. Dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan 64GB, peranti ini dikuasakan dengan bateri sebesar 3,500mAh yang menyokong pengecasan pantas.

Skrin pula menyediakan paparan seluas 4.5-inci turut membawakan papan kekunci QWERTY di bahagian dagu peranti. Ciri Speed Key yang diperkenalkan membolehkan pengguna mengakses 52 fungsi pintas tanpa perlu kembali ke menu utama.

Pada sistem kamera ia dibekalkan dengan dwi kamera utama 12MP + 12MP yang menyokong rakaman bokeh dan Superzoom. Pertama kalinya untuk telefon pintar BlackBerry, KEY2 juga menyokong rakaman gambar dan video melalui teknologi penstabilan imej optikal (OIS). Untuk berswafoto, kamera depan menyediakan sensor 8MP.

Bersempena dengan pelancaran ini, Shopee turut mengadakan Jualan Kejutan kepada yang berminat pada 12 Julai ini menawarkan BlackBerry Key2 pada harga RM2,449 bermula pada jam 9 pagi untuk tempoh terhad bagi mendapatkan fon kepala Bluetooth (RM109) secara percuma.

BlackBerry KEY2 didatangkan dengan satu lagi varian dengan memori yang lebih besar 6GB RAM dan 128GB storan.

Spesifikasi

  • 4.5″ IPS LCD FHD+ (1620 x 1080p)
  • Android 8.1 Oreo
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • 6GB+64GB / 6GB+128GB
  • microSD sehingga 256GB
  • 12MP f/1.8 + 12MP f/2.6, Dual Tone LED flash
  • 8MP f/2.0
  • Sokong video 4K UHD
  • 3,500mAh Quick Charge 3.0
  • Pengimbas cap jari
  • USB Type-C, bicu audio, Bluetooth v5.0
  • 168g
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend