BlackBerry Bakal Lancarkan Evolve Dan Evolve X Di India 2 Ogos Ini Comments Off on BlackBerry Bakal Lancarkan Evolve Dan Evolve X Di India 2 Ogos Ini

Khabar di Internet telah mengesahkan pengurusan BlackBerry sedang mengedarkan kad jemputan untuk majlis pelancaran produk pada 8 Ogos nanti. Namun, syarikat berkenaan masih belum mendedahkan peranti apa yang ini dilancarkan. Cakap-cakap kuat mengatakan BlackBerry akan tampil dengan dua buah telefon pintar iaitu Evolve dan Evolve X.

Dua peranti yang menggunakan kod nama ‘Ghost’ sebelum ini diberitahu akan hadir dengan reka bentuk panel depan berbingkai nipis. Dikhabarkan Optiemus selaku pembekal tunggal akan membawa masuk peranti ini ke pasaran India terlebih dahulu pada suku ketiga tahun ini.

Blackberry Key2

Terdahulu, imej memperlihatkan peranti akan dilengkapi kerangka badan logam serta dipadankan bersama skrin menggunakan paparan nisbah 18:9. Sistem dalaman pula akan dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon yang berkuasa, dan menurut Evan Blass pula ia dijana bateri sebesar 4,000mAh. BlackBerry Evolve dijangka bakal dilengkapkan dengan sistem penggambaran menerusi dua lensa kamera di belakang. Fotografi juga menyokong zum optikal dan kebolehan mengambil gambar dalam gelap.

Awal bulan ini, Blackberry Key2 telah dipasarkan pada harga RM2,599 di Malaysia menawarkan telefon pintar dengan skrin 4.5-inci ditemani papan kekunci identikal Qwerty berasaskan Android 8.1 Oreo.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend