Black Shark FunCooler Berharga RM139 Kini Mula Dijual Secara Rasmi Di Shopee Dan Lazada Comments Off on Black Shark FunCooler Berharga RM139 Kini Mula Dijual Secara Rasmi Di Shopee Dan Lazada

Black Shark sebelum ini baru sahaja mengumumkan ketersediaan jualan aksesori Black Shark FunCooler Pro pada harga RM199. Nampaknya kini Black Shark telah memperkenalkan edisi lebih mampu milik untuk aksesori itu dengan penawaran Black Shark FunCooler.

Sama seperti versi Pro, Black Shark FunCooler masih menawarkan keupayaan untuk menyejukkan telefon pintar dengan sokongan teknologi Thermoelectric Cooling (TEC). Malah ia juga sesuai digunakan pada telefon pintar Android atau iOS dengan kerangka berukuran antara 67 hingga 88mm.

Dengan tawaran harga yang lebih mampu milik, Black Shark FunCooler tidak dilengkapi dengan sokongan aplikasi kawalan dan juga tidak memiliki sokongan lampu RGB.

Black Shark FunCooler kini sudahpun mula dijual secara rasmi di Malaysia pada harga RM139 melalui platform atas talian di Shopee dan juga Lazada.

Black Shark FunCooler vs Black Shark FunCooler Pro:

Beli secara eksklusif di:

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend