Black Shark 3 Mula Diuji Dalam Ujian Penanda Aras AnTuTu, Catat Skor Tertinggi Comments Off on Black Shark 3 Mula Diuji Dalam Ujian Penanda Aras AnTuTu, Catat Skor Tertinggi

Apabila iQOO 3 dilancarkan semalam, pengeluar telefon pintar yang memfokuskan ciri gaming itu berbangga apabila peranti keluarannya itu berjaya mencatatkan skor tertinggi iaitu lebih 610,000 poin.

Ternyata rekod skor tertinggi itu mungkin tidak akan kekal lama apabila Black Shark baru-baru ini telah mula mendedahkan skor AnTuTu yang berjaya diperolehi oleh Black Shark 3 yang dijadualkan akan dilancarkan pada 3 Mac 2020 nanti.

Berdasarkan perkongsian tangkap skrin yang dikongsikan di Weibo, Black Shark 3 yang dikuasakan dengan cipset Snapdragon 865 telah berjaya memperolehi skor tertinggi iaitu mencecah 620,952 poin.

Black Shark 3 sebelum ini dijangka akan turut menyokong RAM berkapasiti 16GB, skrin QHD+ dengan kadar segar semula 120Hz, dan juga bateri berkapasiti 5000mAh dengan pengecasan pantas 65W.

sumber, melalui

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend