Black Shark 3 Kini Dijual Secara Rasmi Di Shopee, Percuma Hadiah Bernilai Lebih RM800 Comments Off on Black Shark 3 Kini Dijual Secara Rasmi Di Shopee, Percuma Hadiah Bernilai Lebih RM800

Black Shark Malaysia kini telah mengumumkan ketersediaan jualan model Black Shark 3 untuk pasaran tempatan, dan boleh dimiliki secara eksklusif di Shopee Black Shark Official Store di Shopee bermula hari ini (30 April 2020).

Bersempena dengan minggu jualan pertama, seramai 400 pembeli terawal Black Shark 3 (8GB + 128GB) boleh memilikinya pada harga hanya RM2,649 berbanding harga asalnya RM2,799.

Tidak cukup dengan itu, 150 pembeli terawal akan turut menerima pakej bundle bernilai lebih RM800 iaitu terdiri daripada Black Shark FunCooler Pro, 1 tahun perlindungan skrin retak, pad tetikus edisi terhad Black Shark dan juga set cenderamata misteri Black Shark.

Manakala untuk model Black Shark 3 Pro pula, Black Shark Malaysia telah memaklumkan model ini akan mula dijual secara rasmi menjelang bulan Mei ini.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend