Black Shark 3 Dan Black Shark 3 Pro Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga Antara RM2,799 Hingga RM4,199 Comments Off on Black Shark 3 Dan Black Shark 3 Pro Akan Dijual Di Malaysia Pada Harga Antara RM2,799 Hingga RM4,199

Black Shark Malaysia baru sahaja mengesahkan tarikh pelancaran Black Shark 3 dan juga Black Shark 3 Pro yang akan berlangsung pada hujung bulan April ini. Kini penjual telefon pintar tempatan sudah dilihat mula mendedahkan harga jualan rasmi untuk kedua-dua model tersebut.

Black Shark 3 akan ditawarkan dalam dua varian pilihan iaitu 8GB + 128GB pada harga RM2799, dan varian 12GB + 128GB pula akan dijual pada harga RM3199. Manakala Black Shark 3 Pro pula ditawarkan pada harga RM3999 untuk 8GB + 128GB, dan juga RM4199 untuk varian 12GB + 256GB.

Dibuka untuk pra-tempah, Black Shark 3 boleh dimiliki dalam warna Midnight Black dan Knight Grey, dan Black Shark 3 Pro pula hanya ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu Blasting Black.

Siri Black Shark 3 dijangka akan tiba di Malaysia bermula 5 Mei 2020, dan pra-tempah Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro sudahpun boleh dibuat melalui penjual tempatan seperti DirectD, Mobile 2 Go dan lebih menariknya pembelian di Satu Gadget turut diberikan dengan pelbagai hadiah eksklusif.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend