Black Shark 3 / 3 Pro Kini Rasmi – Skrin 90Hz, Butang Trigger, Pengecasan 65W, 5G Comments Off on Black Shark 3 / 3 Pro Kini Rasmi – Skrin 90Hz, Butang Trigger, Pengecasan 65W, 5G

Dua telefon pintar permainan Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro telah dilancarkan secara rasmi. Dua telefon ini hadir dengan spesifikasi tinggi dan sejumlah ciri-ciri menarik antaranya seperti butang trigger mekanikal, pengecasan magnetik, skrin kadar segar semula 90Hz, cip pemproses Snapdragon 865, dan sokongan 5G.

Black Shark 3 Pro

Kita mula dengan varian Pro, peranti ini dilengkapi paparan OLED 7.1-inci QHD+ menyokong 90Hz dan HDR10+ pada nisbah skrin 20:9. Ia dikuasakan Snapdragon 865 yang dipadankan memori 8GB RAM LPDDR4X atau 12GB RAM LPDDR5 berserta pilihan tunggal storan UFS 3.0 seluas 256GB.

Sistem penggambaran menyusunkan tiga sensor iaitu 64MP f/1.8 utama + 13MP f/2.2 ultralebar + 5MP f/2.2 kedalaman di belakang dan 20MP f/2.0 untuk swafoto.

Rekaan panel belakang yang simetri ini juga turut menyembunyikan bateri sebesar 5000mAh, menyokong pengecasan pantas 65W selain membawa fungsi pengecasan magnetik 18W.

Black Shark 3

Model ini adalah varian asas yang mana spesifikasinya sedikit berbeza dengan varian Pro. Black Shark 3 hadir dengan paparan OLED 6.67-inci FHD+ yang menyokong 90Hz dan HDR10+ pada nisbah skrin memanjang. Terdapat cipset Snapdragon 865, memori 8GB RAM LPDDR4X atau 12GB RAM LPDDR5, dan storan UFS 3.0 dengan pihan 128GB atau 256GB.

Peranti ini membawa konfigurasi kamera belakang dan depan yang sama seperti varian Pro. Daripada segi sumber kuasa, varian ini menyertakan bateri sebesar 4720mAh bersama sistem pengecasan yang sama iaitu 65W menggunakan wayar dan 18W melalui pengecasan magnetik.

Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro menawarkan butang trigger jenis mekanikal, menggantikan butang sentuhan tekanan pada model terdahulu. Menurut Black Shark, butang yang berada di bahagian sisi kerangka ini mampu bertahan sehingga 300,000 kali tekan.

Untuk sistem audio, kedua-dua peranti dilengkapi dua pembesar suara utama selain sistem penyejukan yang telah dipertingkatkan. Melengkapkan spesifikasi, peranti Black Shark terbaru ini menyokong sambungan WiFi 6 dan bicu audio 3.5mm.

Black Shark 3 didatangkan dalam pilihan warna Lightning Black, Armor Gray, dan Star Silver manakala Black Shark 3 Pro dengan warna Phantom Black dan Armor Black sahaja.

Black Shark 3 pilihan 8GB+128GB yang berharga CNY3499 (~RM2115) mula dijual di China pada 6 Mac ini. Sementara Black Shark 3 Pro dengan pilihan memori asas 8GB+128GB dijual pada harga CNY4699 (~RM2839) mulai 17 Mac 2020.

Bagi yang tidak tahu, pengecasan magnetik ini berfungsi bila mana pengguna mahu mengecas peranti semasa bermain permainan tanpa gangguan kabel yang bersambung pada port USB-C. Untuk pengecasan 65W, bateri dapat dipenuhkan sehingga 100% hanya dalam tempoh 38 minit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend