Black Shark 2 Terima Skor DXOMARK Sebanyak 84 Mata, Meletakkan Di Kedudukan Ke-50 Comments Off on Black Shark 2 Terima Skor DXOMARK Sebanyak 84 Mata, Meletakkan Di Kedudukan Ke-50 165

DXOMARK hari ini telah mengemas kini senarai telefon pintar berkamera mereka, meletakkan Black Shark 2 di kelompok belakang dengan skor sebanyak 84 mata di bawah Samsung Galaxy A50.

Menurut DXOMARK, prestasi kamera yang diberikan hanya pada tahap sederhana. Sokongan autofokus dan mod bokeh tidak konsisten selain imej tidak terperinci jika zum dalam persekitaran gelap. Bagaimanapun, foto dengan bantuan flash boleh dikira cantik dan pendedahan cahaya untuk gambar luar agak memuaskan.

Black Shark 2 bukanlah telefon pintar terbaru memandangkan Black Shark 2 Pro telah dijual secara rasmi di Malaysia sejak bulan September yang lalu. Skor yang diterima pula tidak mengejutkan kerana telefon pintar ini hanya memfokuskan kepada permainan. Keupayaan kamera bukanlah imej tumpu utama tetapi masuk ke bab permainan, ia boleh dikategorikan sebagai antara peranti yang paling berprestasi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend