Black Shark 2 Pro Sah Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 3 September 2019 Comments Off on Black Shark 2 Pro Sah Bakal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 3 September 2019 159

April yang lalu, pengedar rasmi Intelligent Earning Sdn. Bhd. telahpun melancarkan peranti mercu terbaharu Black Shark 2 secara rasmi di pasaran Malaysia yang lengkap dengan aksesori eksklusif untuk peranti tersebut.

Selepas empat bulan diperkenalkan di pasaran, Black Shark telah memperkenalkan satu lagi versi peningkatan dengan kemunculan Black Shark 2 Pro di China. Tanpa perlu menunggu lama, pengguna di Malaysia nampaknya bakal menerima berita baik apabila model Black Shark 2 Pro ini disahkan akan dilancarkan secara rasmi di negara ini pada 3 September 2019 nanti.

Berbeza dengan model sebelum ini, Black Shark 2 Pro bukan sahaja menerima pembaharuan pada kemasan panel belakangnya, tetapi ia juga akan menjanjikan prestasi jauh lebih berkuasa dengan sokongan cipset Qualcomm Snapdragon 855 Plus. Bagi mengetahui harga jualan rasmi Black Shark 2 Pro, nantikan laporan daripada kami pada hari pelancaran nanti.

Baca juga:

Black Shark 2 Pro Dilancarkan Dengan Snapdragon 855 Plus Pada Harga Lebih Murah

Black Shark 2 Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM2,499

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend