Black Shark 2 Pro Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Cipset Snapdragon 855 Plus Dan 12GB RAM Comments Off on Black Shark 2 Pro Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Cipset Snapdragon 855 Plus Dan 12GB RAM 143

Black Shark sebelum ini telah dilaporkan akan tampil dengan versi peningkatan terbaharunya melalui poster acah yang mendedahkan tarikh pelancaran model Black Shark 2 Pro pada 30 Julai nanti.

Ternyata dakwaan bahawa Black Shark 2 Pro akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855 Plus adalah benar, ini dapat disahkan melalui kemunculannya di pangkalan data ujian penanda aras Geekbench. Lebih menariknya, Black Shark 2 Pro ini juga dilihat turut menyokong RAM berkapasiti 12GB berbanding hanya 8GB sebelum ini.

Berdasarkan skor awal yang dicatatkan, Black Shark 2 Pro memperolehi 3623 poin untuk skor single-core dan juga skor multi-core setanding cipset A12 Bionic iaitu sebanyak 11367 poin. Bagi mendapatkan lebih banyak maklumat berhubung model ketiga daripada Black Shark ini, sama-sama kita nantikan pelancaran rasminya pada 30 Julai 2019.

sumber

Baca juga:

Black Shark 2 Pro Akan Dilancarkan Pada 30 Julai, Mungkin Dikuasakan Dengan Snapdragon 855 Plus

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend