Black Shark 2 Pro Akan Dilancarkan Pada 30 Julai, Mungkin Dikuasakan Dengan Snapdragon 855 Plus Comments Off on Black Shark 2 Pro Akan Dilancarkan Pada 30 Julai, Mungkin Dikuasakan Dengan Snapdragon 855 Plus 401

Black Shark 2 dengan sokongan cipset Snapdragon 855 baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada Mac 2019 yang lalu, malah tidak sampai sebulan model ini telah dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada harga bermula daripada RM2,499.

Komited dalam menghasilkan sebuah telefon pintar gaming terbaik, Black Shark baru-baru ini telah mengumumkan untuk tampil dengan satu lagi model baharunya iaitu Black Shark 2 Pro. Kemunculan model baharu ini telah disahkan sendiri oleh Black Shark melalui akaun rasmi Weibo miliknya.

Walaupun tidak mendedahkan sebarang maklumat berhubung spesifikasi Black Shark 2 Pro, ada laporan yang mengatakan bahawa ia mungkin akan dioperasikan dengan cipset Qualcomm yang telah dipertingkatkan keupayaannya iaitu Snapdragon 855 Plus. Berdasarkan poster yang dikongsikan itu, Black Shark 2 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 30 Julai nanti.

sumber

Baca juga:

Black Shark 2 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855, 12GB RAM, Bateri 4000 mAh Dan Skrin AMOLED

Black Shark 2 Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM2,499

[Ulasan] Black Shark 2, Betul Direka Untuk Gaming?

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend