Black Shark 2 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855, 12GB RAM, Bateri 4000 mAh Dan Skrin AMOLED Comments Off on Black Shark 2 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 855, 12GB RAM, Bateri 4000 mAh Dan Skrin AMOLED 380

Xiaomi sebelum ini telah berjaya menarik minat banyak pihak apabila menawarkan telefon pintar yang memfokuskan aspek permainan dengan kehadiran Black Shark dan juga Black Shark Helo yang dilancarkan pada tahun lepas. Akhirnya penantian peminat Black Shark kini telah terjawab apabila model Black Shark 2 telah dilancarkan secara rasmi.

Berbanding dengan generasi sebelum ini, Black Shark 2 telah menjanjikan naik taraf spesifikasi yang jauh lebih hebat dengan sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 855. Tidak cukup dengan itu, ia juga hadir dengan konfigurasi memori yang lebih besar iaitu sehingga 12GB RAM dan juga sehingga 256GB ruang storan.

Prestasi yang sangat baik ini telah dibantu pula dengan teknologi penyejukan pertama di dunia yang dikenali sebagai ‘Direct touch multilayer liquid cooling system’, dan ia dikatakan mampu memastikan CPU yang lebih sejuk sehingga 14°C. Pengalaman bermain juga boleh dinikmati lebih lama dengan bateri berkapasiti 4000 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 27W.

Paparan skrin AMOLED 6.39 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel) pada Black Shark 2 juga kini tersedia dengan warna gamut DCI-P3 dan juga memiliki tahap keterangan mencecah 430 nits. Lebih menariknya, ia juga tersedia dengan sensor pengimbas cap jari di dalam skrin dengan rekaan bezel tanpa takuk yang lebih nipis.

Black Shark 2 turut ditawarkan dengan pelbagai aksesori permainan, termasuklah Cooling Case yang mampu menyejukkan peranti.

Walaupun memfokuskan aspek permainan, keupayaan penggambaran Black Shark 2 tidaklah mengecewakan kerana ia memiliki dwi kamera utama beresolusi 48MP (Sony IMX586) + 12MP (Samsung S5K3M5) dengan fungsi 2x zum optikal. Manakala untuk kamera swafoto pula ia menyokong lensa 20MP.

Berdasarkan pendedahan yang dikongsikan oleh portal Lowyat.net, Black Shark 2 dikhabarkan akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia menjelang 1 April 2019 nanti. Namun begitu, buat masa ini tiada maklumat lanjut berhubung perkara itu didedahkan.

Harga jualan Black Shark 2:

  • 6GB + 128GB → CNY3,199 (kira-kira RM1,942)
  • 8GB + 128GB → CNY3,499 (kira-kira RM2,123)
  • 12GB + 256GB → CNY4,199 (kira-kira RM2,548)

Xiaomi Black Shark 2 specifications

  • Android 9.0 Pie
  • Dwi nano SIM
  • Qualcomm Snapdragon 855 (7nm)
  • 1x 2.84GHz Kryo 485 + 3x 2.42GHz Kryo 485 + 4x 1.80GHz Kryo 485
  • Adreno 640
  • 6GB / 8GB /12GB RAM (LPDDR4x) + 128GB / 256GB (UFS 2.1)
  • 6.39 inci AMOLED FHD+ (19.5:9, DCI-P3, 430 nits)
  • Kamera utama: 48MP(1/2.0″ Sony IMX586, 0.8μm, f/1.75) + 12MP (1/3.6″ Samsung S5K3M5, 1.0μm, 2x zum optikal, f/2.2)
  • Kamera depan: 20MP (0.9μm,  f/2.0)
  • Pengimbas cap jari pada skrin
  • 163.61 x 75.01 x 8.77mm / 205g
  • Dwi 4G VoLTE, WiFi 802.11ac, Bluetooth 5, GPS/GLONASS/Beidou, USB Type-C
  • 4000mAh (27W)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend