Black Shark 2 (12GB + 256GB) Yang Telah Dipra-tempah Akan Mula Diterima Seawal Minggu Pertama Mei Comments Off on Black Shark 2 (12GB + 256GB) Yang Telah Dipra-tempah Akan Mula Diterima Seawal Minggu Pertama Mei 295

Black Shark 2 sebelum ini telahpun dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan pada awal April 2019 yang lalu oleh Intelligent Earnings Sdn. Bhd. Selain varian 8GB + 128GB yang sudahpun boleh dimiliki di pasaran pada harga RM2,499, varian 12GB + 256GB berharga RM2,999 hanya boleh dimiliki melalui pra-tempah yang dibuka pada 1 hingga 5 April 2019 yang lepas.

Setelah sekian lama menanti, pembeli yang telah membuat pra-tempah Black Shark 2 varian 12GB + 256GB telah dimaklumkan oleh Black Shark Malaysia bahawa ia akan mula dihantar seawal minggu pertama bulan Mei 2019 nanti. Apa yang lebih menariknya, Malaysia merupakan negara pertama di Asia (kecuali China) yang menerima varian tertinggi ini.

Black Shark 2 set rasmi Malaysia hanya didatangkan dalam dua warna pilihan sahaja.

Black Shark 2 yang dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 ini turut dioperasikan oleh antaramuka JOY UI berasaskan Android 9.0 Pie. Ia turut menampilkan paparan skrin 6.39 inci AMOLED FHD+, bateri berkapasiti 4000 mAh dengan pengecasan pantas 27W, speaker stereo, pengimbas cap jari dalam skrin, dan tersedia dalam dua warna pilihan iaitu Shadow Black ataupun Frozen Silver.

Miliki Black Shark 2 set rasmi Malaysia:

Tonton video buka kotak Black Shark 2:

Baca juga:

[Ulasan] Black Shark 2, Betul Direka Untuk Gaming?

Black Shark 2 Kini Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Bermula Daripada RM2,499

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend