Bill Gates Individu Pertama Beli Kapal Layar Mewah Berkuasa Hidrogen – Bernilai Lebih RM2.6b Comments Off on Bill Gates Individu Pertama Beli Kapal Layar Mewah Berkuasa Hidrogen – Bernilai Lebih RM2.6b

Bill Gates, individu kedua terkaya di dunia baru-baru ini dilaporkan telah menempah sebuah kapal layar mewah berkuasa hidrogen pertama seumpamanya di dunia.

Menurut laporan, kapal layar ini telah ditempah oleh Bill Gates pada harga £500j (~RM2.671 bilion) setelah melihatnya di pameran Monaco Yacht Show tahun lalu.

Kapal buatan syarikat Sinot dari Belanda ini bagaimanapun boleh dikelaskan sebagai kapal layar mega kerana memiliki panjang badan 370 kaki. Dua dek di tingkat bawah terdapat dua tangki 28 tan kedap udara sejuk yang diisi hidrogen untuk menguasakan keseluruhan kapal.

Ruang lain yang menempatkan kemudahan kepada para tetamu adalah di lima dek di tingkat atas seperti kolam renang infiniti, helipad, spa, dan pusat gimnisium yang kesemuanya bercirikan serba mewah.

Kapal ini mampu memuatkan 14 tetamu dan 31 anak kapal dan antara ciri menarik yang dimuatkan ialah sistem pemanas berteknologi terkini untuk memanaskan tetamu yang sedang bersantai di luar dek kapal.

Kapal yang akan ditauliah atas nama ‘The Aqua’ ini dijangka siap dan bersedia untuk berlayar pada tahun 2024 dan menurut Sinot, kapal ini mampu meluncur dengan kelajuan mencecah 17 knot (31.4 kmj) selain keupayaan jarak belayar sehingga 6035 km sebelum pengisian seterusnya.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend