Betop H1 Gamepad Dengan Rekaan Kompak Diperkenalkan Khusus Untuk Peranti HUAWEI Dan HONOR Comments Off on Betop H1 Gamepad Dengan Rekaan Kompak Diperkenalkan Khusus Untuk Peranti HUAWEI Dan HONOR 915

Pada September 2018 yang lalu, HUAWEI telah mengumumkan program pensijilan Designed for HUAWEI (DFH) yang membolehkan pengeluar aksesori pihak ketiga menghasilkan aksesori khusus untuk peranti keluaran HUAWEI. Antara aksesori terawal yang mendapat sambutan sebelum ini adalah Betop G1 Gamepad yang dibangunkan khusus untuk siri Mate 20.

Menariknya baru-baru ini pengeluar aksesori Betop telah tampil dengan satu lagi aksesori DFH iaitu Betop H1 Gamepad yang menampilkan penampilan fizikal yang lebih kompak berbanding sebelum ini. Betop H1 Gamepad memiliki kerangka berukuran 93.5 x 77.1 x 24.6mm, berbanding Betop G1 Gamepad yang berukuran 96 x 89 x 26.5mm.

Bukaan pemegang Betop H1 Gamepad boleh dilaras antara 73mm hingga 98mm.

Dibangunkan khusus untuk peranti HUAWEI yang dioperasikan dengan EMUI 9.0 dan ke atas, Betop H1 Gamepad boleh digunakan pada peranti HUAWEI dan HONOR seperti berikut:

Peranti HUAWEI:

  • Siri HUAWEI P30
  • Siri HUAWEI Mate 20
  • Siri HUAWEI P20
  • Siri HUAWEI Mate 10
  • HUAWEI Nova 4
  • Siri HUAWEI Nova 5

Peranti HONOR:

  • HONOR V20
  • HONOR V10
  • HONOR 10
  • HONOR Play
  • HONOR Magic 2
  • HONOR 20
Betop H1 Gamepad turut boleh disokong pada peranti iOS.

Betop H1 Gamepad telah dilengkapi dengan sambungan Bluetooth 5.0, bateri 400 mAh dengan ketahanan bateri sehingga 25 jam, dan juga keupayaan pengecasan 2 jam. Ia akan dijual pada harga USD29.99 (~RM123) untuk warna hitam, manakala warna biru pula dijual pada harga USD39.99 (~RM164).

Beli peranti HUAWEI dengan jaminan waranti 2 tahun:

Miliki Betop H1 Gamepad dengan jaminan waranti 2 tahun dan penghantaran percuma global:

Baca juga:

[Ulasan] BETOP G1 Game Controller – Aksesori Gaming Eksklusif Untuk Telefon Pintar Huawei

BETOP G1 Game Controller Untuk Siri Huawei Mate 20 Mula Dijual Di Bawah Program Aksesori DFH

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend