BETOP G1 Game Controller Untuk Siri Huawei Mate 20 Mula Dijual Di Bawah Program Aksesori DFH 0 259

Untuk pengetahuan anda, Huawei sebelum ini pernah melancarkan program baharu yang dikenali sebagai Design For Huawei’. Program yang sama seperti program ‘Made for iPhone/iPad/iPod’ yang diperkenalkan oleh Apple ini bertujuan untuk menarik minat pengeluar pihak ketiga menghasilkan aksesori yang diiktiraf.

Baru-baru ini aksesori BETOP G1 Game Controller yang dibangunkan khusus di bawah program itu telahpun dilancarkan secara rasmi di bawah program DFH. Menurut Huawei, alat kawalan permainan ini hanya boleh disokong pada model terpilih iaitu Mate 20, Mate 20 Pro dan juga Mate 20 X.

Aksesori ini perlu dipasang pada bahagian atas peranti dan ia akan disambungkan dengan Bluetooth 5.0 dan proses sambungan adalah sangat mudah. Pengguna hanya perlu memasang aksesori itu pada peranti dan secara automatik kotak mesej untuk sambungan akan dipaparkan.

Alat kawalan ini menyokong D-Pad, joystick serta dua butang bahu yang dicat dengan warna merah krom, dan ia hadir dengan nyalaan lampu LED RGB. Bagi memastikan audio yang lebih baik, ia turut hadir dengan speaker menghala ke arah pengguna. BETOP G1 Game Controller menyokong bateri berkapasiti 400 mAh dengan masa menunggu sehingga 180 hari dan 5 minit cas mampu menawarkan sehingga 2 jam masa bermain.

BETOP G1 Game Controller kini dijual secara atas talian di www.giztop.com pada harga USD53.99 (kira-kira RM225) dengan jaminan waranti selama 2 tahun.

Kemas kini artikel: BETOP G1 Game Controller ini juga turut tersenarai sebagai aksesori rasmi Huawei yang dijual di Vmall.com di China.

 

Anda kini sudah boleh memiliki Huawei Mate 20 dan Mate 20 Pro:

 

Baca juga:

Huawei Memperkenalkan Sarung Pelindung Kalis Air Khusus Untuk Aktiviti Snorkeling

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend