BEST Invest Dilancarkan – Aplikasi Pelaburan Lestari Atas Talian Robo-Pintar Shariah-ESG Comments Off on BEST Invest Dilancarkan – Aplikasi Pelaburan Lestari Atas Talian Robo-Pintar Shariah-ESG

BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment), anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad, hari ini mengumumkan pelancaran aplikasi mudah alih pelaburan atas talian BEST Invest (BEST Invest), platform Pelaburan Lestari Robo-Pintar Shariah-ESG yang pertama oleh BIMB Investment.

Aplikasi BEST Invest menyediakan kemudahan yang cekap bagi individu untuk membina kekayaan. Aplikasi BEST Invest menawarkan struktur yang sistematik, telus, dan tersusun untuk pembinaan kekayaan individu melalui pelaburan dalam aplikasi Robo-Pintar dan teknologi data besar.

BEST Invest menawarkan pelbagai dana unit amanah Shariah-ESG yang diuruskan oleh BIMB Investment, merentasi kelas aset termasuk dana ekuiti Shariah-ESG global, Asia Pasifik dan Malaysia, Sukuk ESG global dan pasaran wang. Berdasarkan matlamat dan tahap toleransi terhadap risiko pelaburan oleh pelabur, aplikasi ini mampu membantu pelabur membina
portfolio pelaburan yang optimum, berpandukan data dan analisa secara digital.

“Setakat ini, kami menguruskan lebih daripada RM1 bilion
aset pelaburan ESG. Dana Ekuiti Shariah-ESG Global kami pada masa ini merupakan dana yang mencatatkan prestasi pelaburan terbaik dalam tempoh tiga tahun dengan potensi memberikan pulangan pelaburan jangka panjang terbaik. Ia juga adalah dana ekuiti shariah global terbesar di Malaysia dan ketiga di dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Investment, Najmuddin Mohd Lutfi.

Tambah Encik Najmuddin, “Kami merancang untuk menambah lebih banyak dana Shariah-ESG dalam aplikasi BEST Invest pada masa yang terdekat. Aplikasi BEST Invest menyediakan proses pelaburan sistematik untuk individu melabur di dalam dana global merentas kelas aset
dan membina portfolio kekayaan yang berdaya tahan berdasarkan analisa data yang telus dan berkepintaran tinggi. Kami percaya BEST Invest adalah sebuah aplikasi pelaburan lestari Robo-Pintar atas talian yang menawarkan dana berlandaskan Shariah dan ESG yang pertama seumpamanya di dunia.”

Aplikasi BEST Invest boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store atau layari www.bimbinvestment.com.my untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend