Berita Kecewa: Samsung Galaxy Note 9 Tidak Akan Hadir Dengan Pengesan Cap Jari Di Bawah Skrin Comments Off on Berita Kecewa: Samsung Galaxy Note 9 Tidak Akan Hadir Dengan Pengesan Cap Jari Di Bawah Skrin

Hancur hati ini, habis harapan musnah…

Kekecewaan aku merujuk kepada laporan PhoneArena dan 9to5Mac yang menyatakan bahawa Galaxy Note 9 berkemungkinan besar tidak akan datang dengan fungsi pengesan cap jari di bawah skrin.

Teknologi ini mula hangat diperkatakan apabila vivo memperkenalkan X20 Plus UD pada acara MWC. Walaupun ia menjadi perhatian pada acara tersebut, beberapa pengguna yang telah mencuba menyatakan terdapat beberapa isu pada model tersebut. Nampaknya pengesan cap jari di bawah skrin mempunyai kejanggalan operasi apabila skrin dipasangkan screen protector.

Rekaan Konsep

Berbalik kepada isu Samsung Galaxy Note 9, laporan KGI menyatakan oleh kerana Samsung menggunakan rekaan Infinity Display, agak mustahil untuk syarikat tersebut menyerasikan rekaan tersebut untuk bekerja secara sempurna dengan pengesan cap jari di bawah skrin.

Pelbagai ujian dan usaha nampaknya sedang dilakukan Samsung bagi menjadikan teknologi tersebut satu kenyataan pada model Samsung. Aku rasa langkah ini amat bijak kerana tidak seharusnya jenama besar mengeluarkan fungsi yang belum cukup matang pada smartphone mereka. Dari pandangan pengguna, amat penting untuk kami mendapatkan teknologi yang sempurna dan sedia dipakai setelah mengempiskan dompet.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend