Berita Bocor : ZTE Bakal Lancar Model V890 Dan A606 Dengan Sokongan Paparan 18:9 Comments Off on Berita Bocor : ZTE Bakal Lancar Model V890 Dan A606 Dengan Sokongan Paparan 18:9

Dalam diam-diam, nampaknya ZTE telah merancang untuk melancarkan dua model baharu keluarannya daripada siri berbeza iaitu ZTE V890 dan juga A606. Kemunculan dua model ini telah disahkan apabila kedua-dua model itu telah disenaraikan di TENAA iaitu Pusat Pensijilan Peralatan Telekomunikasi di China.

ZTE V890

Model V890 ini tersedia dalam satu warna pilihan sahaja iaitu hitam dan ia menampilkan sokongan paparan 18:9 berukuran 6.0 inci FHD+ dengan resolusi 2160 x 1080 piksel. Dengan kerangka yang agak nipis berukuran 162 x 75 x 7.8mm serta berat sekitar 168g, V890 menyokong bateri berkapasiti 3,900 mAh.

Walaupun tidak didedahkan cip pemproses yang akan digunakan, ia akan dikuasakan oleh pemproses lapan teras berkelajuan 1.8GHz dengan sistem operasi Android 8.0 Oreo. ZTE V890 ini juga tersedia dalam varian berbeza iaitu pilihan ruang storan 32GB, 64GB atau 128GB, dan juga memori RAM 3GB, 4GB ataupun 6GB.

Keupayaan kamera utamanya pula dilengkapi dengan dwi lensa 16 Megapiksel + 2 Megapiksel, serta kamera swafoto beresolusi 8 Megapiksel.

ZTE A606

Berbeza dengan model V890, ZTE A606 ini disasarkan untuk segmen pasaran entry-level kerana menawarkan sokongan spesifikasi yang lebih rendah. Hadir dalam kerangka yang lebih kompak berukuran 146.3 × 69.2 × 8.5mm dan seberat 140g, ZTE A606 turut menyokong paparan 18:9 tetapi lebih kecil iaitu 5.45 inci HD+ (1440 x 720 piksel). Malah kapasiti baterinya juga lebih kecil iaitu 2,600 mAh.

Dioperasikan dengan Android 8.0 Oreo, ZTE A606 telah dikuasakan oleh cip pemproses empat teras berkelajuan 1.3GHz. Ruang storan model ini hanya ditawarkan dalam satu pilihan sahaja iaitu 16GB + RAM 2GB. Kamera utamanya adalah 5 Megapiksel , manakala kamera hadapannya pula 2 Megapiksel.

ZTE A606 ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Future Silver dan Deep Blue.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend