Berita Bocor : Spesifikasi Meizu 15, 15 Lite Dan 15 Plus Tersenarai Dalam Laman Rasmi Android Comments Off on Berita Bocor : Spesifikasi Meizu 15, 15 Lite Dan 15 Plus Tersenarai Dalam Laman Rasmi Android

Tinggal kurang dua bulan untuk Meizu melancarkan tiga model baharu keluarannya iaitu Meizu 15, 15 Lite dan juga 15 Plus. Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, ada pihak di Internet telah berjaya mendedahkan maklumat terbaru berkaitan ketiga-tiga model itu dan ia diyakini sahih memandangkan sumber itu telah diambil terus melalui laman rasmi Android.

Melalui pendedahan itu, ia bukan sahaja telah berjaya mengesahkan tentang kebocoran rekaan Meizu 15 Plus yang mula tersebar di Internet baru-baru ini, tetapi spesifikasi ketiga-tiga model ini juga berjaya didedahkan.

Rekaan sebenar Meizu 15 Plus tertiris di Internet.

Meizu 15 Lite merupakan varian paling rendah untuk siri Meizu 15, sungguhpun begitu sokongan spesifikasinya tidak begitu jauh berbeza berbanding variannya yang lain. Meizu 15 Lite menyokong paparan skrin berukuran 5.5 inci, pilihan storan 32GB atau 64GB, RAM 4GB, dan uga dioperasikan dengan Android 7.1.2 Nougat.

Kotak pembungkusan Meizu 15 Plus juga turut tersebar.

Varian pertengahan iaitu Meizu 15 jugat turut memiliki saiz skrin dan juga sokongan memori RAM yang sama seperti Meizu 15 Lite, tetapi ia menawarkan pilihan ruang storan yang lebih besar iaitu 64GB dan 128GB. Untuk varian teratas pula, Meizu 15 Plus menampilkan ukuran skrin sentuh yang lebih besar iaitu 6.0 inci dengan ruang storan yang sama seperti Meizu 15. Walau bagaimanapun, memori RAM yang ditawarkan adalah lebih besar iaitu 6GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend