
HTC boleh dianggap salah satu jenama yang gah satu ketika dahulu dan kini entah mengapa ia kelihatan semakin ‘tenggelam’ berbanding pesaingnya yang lain. Namun itu tidak mematah semangat HTC untuk terus berdaya saing di pasaran telefon pintar apabila hari ini satu sumber telah berjaya mendedahkan spesifikasi lengkap sebuah model peranti kelas pertengahan keluaran pengeluar dari Taiwan ini.
Menurut Android Headlines, HTC bukan sahaja akan tampil dengan model Desire 12 yang juga menggunakan nama kod ‘Breeze’ untuk pasaran 2018 ini, tetapi mereka sebenarnya turut membawakan satu lagi varian untuk siri tersebut iaitu ‘Breeze Plus’ atau lebih dikenali sebagai Desire 12 Plus.

Walaupun masih belum ada sebarang imej untuk model Desire 12 Plus ini berjaya diperolehi, Android Headlines telah mengesahkan bahawa mereka telah berjaya memiliki spesifikasi lengkap untuk model tersebut melalui sumber yang boleh dipercayai. Tambah mereka lagi, peranti ini dikatakan akan dilancarkan selewat-lewatnya bulan Jun nanti.
Spesifikasi | HTC Desire 12 Plus |
---|---|
Ukuran | 158.24 x 76.54 x 8.39 mm |
Berat | 155g |
CPU | Qualcomm SDM450 Snapdragon 450 Octa Core 1.8GHz Cortex-A53 14 nm LPP |
GPU | Adreno 506 |
Storan | 32GB |
Memori | RAM 3GB |
Bateri | 3,300 mAh |
Paparan | 5.99 inci HD+ 1440 x 720 pixels 18:9 |
Kamera Utama | 13 Megapiksel (EIS) |
Kamera Depan | 8 Megapiksel |
Bateri | 2,965 mAh (Quick Charge 3.0) |
Rangkaian | GSM 850/900/1800/1900 LTE 1/3/5/7/8/20/40 |
Sistem Operasi | Android 8.0 Oreo |