Berita Bocor : Rekaan Huawei Y7 (2018) Memperlihatkan Skrin ‘FullView Display’ Comments Off on Berita Bocor : Rekaan Huawei Y7 (2018) Memperlihatkan Skrin ‘FullView Display’

Baru sahaja kami berkongsi dengan pembaca di luar sana beberapa hari lepas tentang kemunculan model Huawei Y9 untuk pasaran 2018 nanti. Selang beberapa hari, muncul pula kebocoran gambar rekaan rasmi siri ‘Y’ yang terbaru iaitu model Huawei Y7 (2018).

Walaupun hadir dalam siri yang sama, kami merasakan bahawa sudah tentunya Huawei Y7 edisi 2018 ini merupakan model yang lebih rendah berbanding model Huawei Y9. Perkara ini telah disokong lagi melalui kemunculan generasi Huawei Y7 sebelum ini yang disasarkan untuk segmen antara low-range dan mid-range.

Buat masa ini tiada maklumat berkaitan spesifikasi dapat dikongsikan, tetapi jelas dapat dilihat bahawa Huawei Y7 (2018) membawakan rekaan paparan skrin FullView Display tanpa takuk yang kini menjadi trend kegemaran pengeluar peranti Android. Selain itu ia juga hanya menyokong satu lensa utama dan juga sokongan pengimbas cap jari pada panel belakangnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend