Berita Bocor : Huawei Y9 Hadir Dengan Paparan ‘FullView Display’ Dan Empat Kamera Comments Off on Berita Bocor : Huawei Y9 Hadir Dengan Paparan ‘FullView Display’ Dan Empat Kamera 370

Huawei bukanlah satu jenama yang asing lagi di kalangan pengguna kerana ia dilihat sangat komited dalam memperkenalkan pelbagai model telefon pintar keluarannya yang disasarkan dalam segmen harga yang berbeza.

Nampaknya usaha pengeluar dari China ini tidak pernah surut apabila satu lagi model mampu miliknya dari siri Y tertiris di Internet dengan kemunculan model Huawei Y9. Model ini dilihat menampilkan ciri-ciri rekaan moden yang terkini dengan sokongan paparan skrin 18:9 FullView Display berukuran 5.93 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel).

Kehebatan penggambarannya juga tidak mengecewakan kerana menyokong empat kamera iaitu 13 Megapiksel + 2 Megapiksel untuk kamera utama. Manakala kamera hadapannya pula tampil dengan kombinasi lensa 16 Megapiksel + 2 Megapiksel. Aspek prestasinya juga tidak mengecewakan dikuasakan oleh cip pemproses HiSilicon Kirin 659 dan juga dioperasikan dengan EMUI 8.0 berasaskan Android 8.0 Oreo.

Memiliki tiga warna pilihan iaitu Gold, Blue dan Black.

Jika ketahanan bateri menjadi kriteria penting dalam memiliki sebuah telefon pintar, Huawei Y9 telah menawarkan bateri berkapasiti yang besar iaitu mencecah sehingga 4,000 mAh. Ia juga turut memiliki tiga slot berasingan untuk sokongan dua kad SIM bersaiz nano dan juga satu kad microSD sehingga 256GB.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend