Berita Bocor: Huawei P20 Hadir Dengan Fungsi Video Super Slow-Mo Pada Kadar 960fps Comments Off on Berita Bocor: Huawei P20 Hadir Dengan Fungsi Video Super Slow-Mo Pada Kadar 960fps

Tidak mengejutkan.

Nampaknya fungsi rakaman video Slow-Mo pada kadar 960fps telah pun menjadi tanda aras baru di dalam kemampuan kamera smartphone pada tahun ini. Tren ini sudah dijangka apabila pada tahun lalu, Sony memperkenalkan smartphone dengan kemampuan tersebut dan ianya diikuti jenama seperti Samsung dan kini Huawei dilaporkan bakal turut serta dalam menawarkan fungsi tersebut.

Berita ini dibocorkan di Twitter melalui sebuah video yang nampak gayanya bakal digunakan di dalam promosi peranti tersebut.

Blog teknologi XDA Developers juga berjaya menemui kod di dalam aplikasi kamera EMUI 8.1 untuk siri P20 yang menunjukkan bahawa model terbaru ini akan hadir dengan spesfikasi Super Slow-Mo 960fps.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend