Berita Bocor : Gambar Dan Spesifikasi Nubia N3 Didedahkan Tanpa Rela Comments Off on Berita Bocor : Gambar Dan Spesifikasi Nubia N3 Didedahkan Tanpa Rela

Kemunculan model terbaru Nubia N3 pada kali ini sememangnya agak mengejut kerana model ini tidak pernah diperkatakan di Internet sebelum ini. Tetapi seperti biasa, pemilik akaun di blog mikro paling popular di China telah mendedahkan segalanya tentang Nubia N3 termasuklah rekaannya, kotak pembungkusan, aksesori dan juga spesifikasinya.

Berdasarkan perkongsian itu, Nubia N3 dipercayai menyokong paparan skrin moden berukuran 6.0 inci FHD+ (2160 x 1080 piksel) dengan nisbah 18:9. Ia juga dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 625, ruang storan sebesar 64GB dan juga memori RAM 4GB.

Keupayaan penggambarannya turut mengikuti trend semasa dengan sokongan dwi kamera beresolusi 16 Megapiksel + 5 Megapiksel. Bahagian bawah kamera utama ini juga turut boleh ditemui sensor pengimbas cap jari dengan rekaan bulat. Manakala kamera swafoto peranti ini telah dibekalkan dengan hanya satu lensa beresolusi 16 Megapiksel.

Setakat ini tiada maklumat berkaitan versi Android yang digunakan, tetapi Nubia N3 ini telah menggunakan antaramuka nubia UI versi 5.18.02.06. Lebih menariknya, ia dikuasakan dengan bateri berkapasiti mencecah sehingga 5,000 mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 9V2A/5V2A.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend