Berita Bocor : Adakah Ini Rekaan Panel Belakang Huawei P20 Porsche Design?! Comments Off on Berita Bocor : Adakah Ini Rekaan Panel Belakang Huawei P20 Porsche Design?! 340

Sejak kebelakangan ini kerap benar berita kebocoran mengenai siri Huawei P20 dikongsikan di Internet. Walaupun model P20, P20 Lite dan P20 Pro masih lagi belum diumumkan secara rasmi, kini timbul pula berita berkaitan varian premium untuk siri tersebut.

Seperti biasa, pengguna di blog mikro popular di China iaitu Weibo baru-baru ini dilihat telah berkongsi rekaan panel belakang sebuah peranti yang dipercayai milik Huawei P20 Porsche Design. Sunggupun begitu, masih belum ada sebarang pendedahan lain yang dibuat termasuklah rekaan panel depan, spesifikasi dan juga kotak pembungkusannya.

“Benar atau tidak berita ini, terpaksalah kita tunggu sehingga Huawei melancarkan siri Huawei P20 ini secara rasmi tidak lama lagi…”

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend