Beratur Awal Dan Dapatkan Hadiah Menarik Daripada Huawei Comments Off on Beratur Awal Dan Dapatkan Hadiah Menarik Daripada Huawei

Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu kebanyakan peminat Huawei di Malaysia. Siri Huawei Mate 20 dan MateBook X mula dijual di seluruh Malaysia. Pelanggan boleh mendapatkan hadiah menarik di kempen jerayawara di Pavilion, Queensbay Mall, dan Aeon Mall Dato’ Onn.

Bagi yang bercadang untuk membeli peranti Huawei Mate 20 atau Huawei Mate 20 Pro, anda akan diberikan satu unit dron DJI Tello bernilai RM469. Syaratnya perlu menjadi 1,000 pelanggan terawal yang beratur. Manakala bagi yang hadir di jerayawara di Pulau Pinang dan Johor, anda perlu menjadi 300 pelanggan yang terawal.

Pelanggan yang terawal ini juga termasuk mereka yang sudah membuat pra-tempah sebelum ini. Kelebihan kepada yang sudah membuat pra-tempahan, mereka juga akan menerima hadiah tambahan seperti Huawei Talk Band B5 dan Huawei Wireless Charger atau Huawei Soundstone (pembelian Huawei Mate 20).

Sementara, bagi yang ingin mendapatkan siri laptop Huawei MateBook X, anda bakal menerima fon telinga Huawei ANC Wired Earpiece bernilai RM295 secara percuma. Syaratnya juga sama dimana anda perlu menjadi 30 pelanggan terawal di Pavilion, 10 pelanggan di Queensbay Mall, dan 10 pelanggan di Aeon Mall Bandar Dato Onn.

Baca juga: [Pra-Pandang] Rekaan Fizikal Huawei Mate 20 Pro Dalam Warna Twilight

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend