Beli Samsung Galaxy S10 Dan Dapatkan Sarung Marvel Secara Percuma Comments Off on Beli Samsung Galaxy S10 Dan Dapatkan Sarung Marvel Secara Percuma 290

Samsung kini mengadakan tawaran promosi untuk Galaxy S10 yang mana setiap pembelian peranti tersebut akan menerima sarung edisi Marvel secara percuma.

Sarung bernilai RM159 ini hadir dengan tiga corak iaitu Captain America, Iron Man, dan Avengers. Menurut Samsung, sarung percuma ini akan diberikan secara rawak selagi stok masih ada. Ia perlu ditebus di tempat dan pada hari yang sama pembelian dibuat.

Ia boleh didapati di semua Samsung Experience Store seluruh negara bermula sekarang hingga 30 April 2019. Bagaimanapun, Samsung tidak menawarkan sarung edisi Marvel ini kepada pembeli Galaxy S10e.

Samsung Galaxy S10 dijual pada harga RM3,299 (8GB+128GB) sementara Galaxy S10 didatangkan dengan tiga pilihan storan masing-masing berharga RM3,699 (8GB+128GB), RM4,599 (8GB+512GB), dan RM5,999 (12GB+1TB).

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend