Beli Samsung Galaxy S10 Dan Dapatkan Diskaun RM100 Untuk Galaxy Watch Active Comments Off on Beli Samsung Galaxy S10 Dan Dapatkan Diskaun RM100 Untuk Galaxy Watch Active

Sepanjang bulan April 2019 ini, Samsung Malaysia telah mengadakan promosi menarik untuk pengguna yang ingin membeli Samsung Galaxy S10 yang dijual pada harga RM3,299. Bagi mendapatkan nilai belian lebih berbaloi, dengan setiap pembelian model tersebut akan turut melayakkan anda untuk menikmati diskaun RM100 untuk Galaxy Watch Active.

Samsung Galaxy S10 dalam warna Prism White

Samsung Galaxy Watch Active yang telah dilancarkan secara rasmi pada 1 Mac 2019 yang lalu telah dijual pada harga RM799, dan ia tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, perak dan juga emas ros. Jam tangan pintar dengan paparan skrin sentuh AMOLED berukuran 1.1 inci ini telah dikuasakan dengan cipset dua teras daripada Exynos 9110, dan tersedia dengan bateri 230 mAh.

Bermula hari ini hingga 30 April 2019 nanti, anda boleh memiliki Samsung Galaxy Watch Active pada harga hanya RM699 dengan setiap pembelian Samsung Galaxy S10. Jadi ini adalah masa terbaik untuk anda mendapatlkan nilai belian yang lebih baik.

Baca juga:

Samsung Malaysia Turut Bawa Masuk Galaxy Watch Active – Ditawarkan Pada Harga RM799

Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ Bakal Terima Kemas Kini Pengecasan Pantas 25W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend