Beli Samsung Galaxy A Dan Galaxy J Terpilih Untuk Memenangi Dua Tiket VIP Ke Konsert ‘Wanna One World Tour’ Comments Off on Beli Samsung Galaxy A Dan Galaxy J Terpilih Untuk Memenangi Dua Tiket VIP Ke Konsert ‘Wanna One World Tour’

Anda peminat kumpulan K-pop popular Wanna One dan bercadang untuk membeli telefon pintar baru?! Kini ada cara terbaik untuk anda memiliki telefon pintar sambil memenangi dua tiket VIP percuma ke konsert ‘Wanna One World Tour’ yang akan berlangsung pada 21 Julai 2018.

Untuk menjadi pembeli bertuah, anda hanya perlu membeli Samsung Galaxy A6+, Galaxy A6, Galaxy J6 ataupun Galaxy J4 bermula dari 25 Jun 2018 nanti. Anda juga dikehendaki untuk mengambil gambar ataupun video dengan gaya signature ‘Save You In My Heart’ dari Wanna One, dan lengkapkan slogan kreatif “Save Wanna One in my galaxy because…”. Kongsikannya di Facebook atau Instagram dengan meletakkan tanda pagar #ProductName (Galaxy A6+, A6, J6 atau J4), #WithGalaxy dan #GalaxyFanWeeks, serta tag @samsungmalaysia.

Seramai 150 pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi dua tiket ke konsert ‘Wanna One World Tour’ dan pengumuman nama pemenang akan diumumkan di laman sesawang Samsung dan juga Instagram. Dengan setiap pembelian siri Galaxy A dan Galaxy J terpilih ini, anda juga berpeluang untuk menerima cenderahati edisi terhad Wanna One di kedai terpilih.

 

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend