Beli Peranti Samsung Terpilih Dan Menangi Pelbagai Hadiah Bernilai RM2 Juta – 24 Mei Hingga 24 Jun 2018 Comments Off on Beli Peranti Samsung Terpilih Dan Menangi Pelbagai Hadiah Bernilai RM2 Juta – 24 Mei Hingga 24 Jun 2018

Bagi meraikan sambutan Hari Raya, Samsung Malaysia Electronics telah menganjurkan kempen promosi yang membolehkan anda membawa pulang pelbagai hadiah hebat termasuklah Mercedes Benz, Honda, skuter Vespa, peralatan rumah pintar dari Samsung dan juga kad hadiah yang kesemuanya bernilai mencecah RM2 juta.

Untuk menyertai kempen promosi ini, anda hanya perlu membuat pembelian mana-mana peranti Samsung Galaxy dari 24 Mei hingga 24 Jun 2018, dan jawab soalan mudah yang terdapat pada kad penyertaan yang akan diberikan selepas pembelian dibuat. Pemenang bertuah akan dipilih secara rawak melalui cabutan bertuah, dan pemenang akan diumumkan pada Julai 2018 nanti.

Selain daripada peluang menyertai cabutan bertuah, setiap pembelian peranti Samsung Galaxy akan turut menerima ganjaran tambahan seperti berikut secara percuma:

  • Galaxy S9/S9+ – pelan Samsung Protection Plus bernilai RM298
  • Galaxy Note 8, Galaxy S8/S8+, Galaxy A8/A8+, Galaxy A6/A6+ – Screen Protection Plan bernilai RM149

Lebih menariknya, setiap pembelian model terbaru dari Samsung iaitu Galaxy A6, Galaxy A6+, Galaxy J6 dan Galaxy J4 akan turut menerima kad hadiah Petronas edisi terhad bernilai RM20. Keempat-empat model terbaru ini sudah boleh dimiliki di semua Samsung Experience Store dan juga pengedar yang sah pada harga bermula dari RM599.

Untuk maklumat lanjut, layari Kempen Promosi Raya Samsung 2018.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend