Beli Peranti Huawei Di Huawei Online Official Store Untuk Peluang Memenangi Tiket Percutian Ke Tokyo Comments Off on Beli Peranti Huawei Di Huawei Online Official Store Untuk Peluang Memenangi Tiket Percutian Ke Tokyo 330

Bermula 12 Mei hingga 24 Mei 2019 ini, setiap pembelian peranti Huawei dengan nilai belian minimum RM1,500 dalam satu transaksi di Huawei Online Official Store, layak untuk menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi.

Sepanjang tempoh promosi berlangsung, anda berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa sepasang tiket penerbangan pergi dan balik ke Tokyo, Jepun. Manakala untuk hadiah kedua pula, dua pemenang yang bertuah akan menerima Huawei P30 Pro varian 256GB, dan dua pemenang hadiah di tempat ketiga pula akan memenangi Huawei Watch GT.

Untuk melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah ini, buat belian peranti Huawei secara atas talian, isi butiran peribadi anda, dan jawab soalan mudah yang dipaparkan. Pemenang yang bertuah akan diumumkan pada 13 Jun 2019 nanti, melalui laman Facebook rasmi Huawei Mobile MY.

Baca juga promosi Huawei yang lain:

Huawei ‘Ramadan Specials’ Tawar Baucar Sehingga RM100 Bermula 10 Hingga 20 Mei 2019

Huawei Mate 20 Pro Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM2,599 Dan Miliki Hadiah Percuma Dengan Model Terpilih

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend