Beli OPPO R15 Pro Bermula Hari Ini Hingga 20 Julai 2018 Dan Dapatkan Kad VIP OPPO Serta Jam WeLoop Neo Bernilai RM376 Comments Off on Beli OPPO R15 Pro Bermula Hari Ini Hingga 20 Julai 2018 Dan Dapatkan Kad VIP OPPO Serta Jam WeLoop Neo Bernilai RM376

Bercadang untuk memiliki telefon pintar baharu?! Sekarang merupakan masa yang paling berbaloi untuk korang miliki OPPO R15 Pro. Bermula hari ini hingga 20 Julai 2018 nanti, setiap pembelian model terbaru dari OPPO ini akan turut diberikan baucar penebusan yang perlu diserahkan ke OPPO Concept Store untuk melayakkan anda untuk menerima kad VIP OPPO dan juga jam WeLoop Neo bernilai RM376 secara percuma.

Sekiranya anda berminat untuk memiliki OPPO R15 Pro, ia boleh dibeli di kedai fizikal termasuklah OPPO Concept Store dan juga kedai rantaian rakan kongsi OPPO iaitu Senheng dan juga SenQ. Selain itu, pengguna juga boleh membuat pembelian melalui kedai atas talian seperti Shopee, Lazada dan juga 11street.

OPPO R15 Pro ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu Ruby Red dan Cosmic Purple.

Senarai lokasi kedai OPPO Concept Store: oppo.com/my/shops/

Spesifikasi OPPO R15 Pro:

  • 6.28 inci FHD+ (2280 x 1080 piksel)
  • Nisbah paparan 19:9
  • ColorOS 5.0 (Android 8.1 Oreo)
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • 128GB + RAM 6GB
  • 16 Megapiksel (f/1.7) + 20 Megapiksel (f/1.7)
  • 20 Megapiksel (f/2.0)
  • 3430 mAh
  • Teknologi pengecasan pantas Flash VOOC (5V4A)
  • Cosmic Purple, Rube Red
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend