Beli OPPO F11 Pro dan Anda Berpeluang Untuk Sesi Ramah Mesra Bersama Kamal Adli Pada 6 April Comments Off on Beli OPPO F11 Pro dan Anda Berpeluang Untuk Sesi Ramah Mesra Bersama Kamal Adli Pada 6 April

OPPO dengan kerjasama bersama Celcom, pembeli bertuan OPPO F11 Pro kini berpeluang untuk menjadi antara yang bertuah untuk bertemu dengan Kamal Adli dalam sesi ramah mesra yang eksklusif. Pembeli yang terpilih akan meluangkan masa bersama selebriti tanahair itu bermula jam 3 petang hingga 5 petang di Galaxtic Laser, LG3.06 Sunway Pyramid pada 6 April 2019.

Pelbagai aktiviti menarik akan turut diadakan pada hari tersebut, dan juga photo-walls yang membolehkan pengunjung merasai sendiri keupayaan penggambaran OPPO F11 Pro. Peranti terbaharu daripada OPPO ini telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Mac yang lalu, dan kini ditawarkan pada harga RM1,299 di kedai konsep OPPO utama dan juga melalui kedai atas talian OPPO.

OPPO F11 Pro menampilkan sokongan dwi kamera 48MP dengan ciri penggambaran potret di dalam persekitaran yang gelap. Selain itu ia juga hadir dengan teknologi pengecasan pantas VOOC 3.0 Flash Charge, dan juga teknologi Hyper Boost untuk memastikan prestasi permainan mudah alih yang jauh lebih baik.

Terdapat dua warna pilihan ditawarkan untuk OPPO F11 Pro iaitu Thunder Black dan juga Aurora Green. Bagi yang berminat, anda boleh memilikinya di https://www.oppo.com.my/ atau https://shop.celcom.com.my/.

Baca juga:

[Pra-Pandang] Penampilan Fizikal OPPO F11 Pro Dengan Kamera 48MP Dalam Warna Thunder Black

Oppo F11 Pro Diumumkan Pada Harga RM1,399 – Kamera 48MP, Skrin Penuh, Warna Cerun Unik

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend