Beli Komputer Riba ROG RTX Terpilih Dan Berpeluang Memenangi Aksesori ROG Bernilai RM1,699 Comments Off on Beli Komputer Riba ROG RTX Terpilih Dan Berpeluang Memenangi Aksesori ROG Bernilai RM1,699

Bersempena dengan majlis pelancaran rasmi komputer riba gaming ternipis di dunia dengan kemunculan ASUS ROG Zephyrus S GX701 pada minggu lepas, ASUS Malaysia turut mengumumkan promosi ‘Beli & Menang’ yang akan bermula hari ini 1 April hingga 27 April 2019 nanti.

Sepanjang tempoh tersebut, setiap pembelian enam model komputer ROG RTX terpilih akan berpeluang untuk memenangi salah satu daripada enam set aksesori ROG iaitu ROG Gladius II mouse, Balteus mousepad dan juga Delta headset bernilai RM1,699 secara percuma.

Bagi menyertai promosi ini, pembelian perlulah dibuat melalui pengedar sah ROG Malaysia yang terpilih, dan anda dikehendaki menyimpan resit rasmi serta nombor siri pembelian komputer riba ROG RTX tersebut. Pembeli juga dikehendaki melengkapkan borang penyertaan semasa membuat pembelian dan pengesahan butiran peribadi serta resit akan disahkan melalui emel dalam tempoh dua (2) minggu.

Senarai komputer riba ROG RTX yang terpilih:

  • ROG G703GX
  • ROG Zephyrus S GX701GX
  • ROG Zephyrus S GX531GW
  • ROG STRIX SCAR II GL704GW/GV
  • ROG STRIX SCAR II GL504GW
  • ROG STRIX Hero II GL504GV

→ Anda boleh menyertai peraduan ini di https://my.rog.gg/rognextgen

Baca juga:

ASUS ROG Zephyrus S GX701 Dengan Kad Grafik RTX 2080 Max Q Kini Dilancarkan Pada Harga RM13,999

ASUS ROG Strix GL10CS dan GL12CX Turut Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula Daripada RM2,699

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend