Beli Huawei Nova 4 atau Nova 4e dan Dapatkan Huawei Band 3 Bernilai RM239 Secara Percuma Comments Off on Beli Huawei Nova 4 atau Nova 4e dan Dapatkan Huawei Band 3 Bernilai RM239 Secara Percuma

Mulai hari ini (3 Mei 2019), Huawei Malaysia telah mengadakan promosi khusus untuk pembelian model Huawei Nova 4 dan juga Nova 4e di semua Huawei Experience Store di seluruh negara. Setiap pembelian salah satu daripada model ini akan turut diberikan Huawei Band 3 bernilai RM239 secara percuma (selagi stok masih ada).

Huawei Nova 4 dikuasakan dengan pemproses Kirin 970, kombinasi memori 8GB + 128GB, paparan skrin 6.4 inci FHD+ dengan rekaan lubang kamera depan beresolusi 25MP dalam skrin, tiga kamera beresolusi 20MP + 16MP + 2MP, dan bateri berkapasiti 3750 mAh, boleh dimiliki pada harga RM1,899.

Huawei Nova 4e pula dikuasakan dengan Kirin 710, kombinasi memori 6GB + 128GB, paparan skrin 6.15 inci FHD+ dengan rekaan takuk kecil bagi menempatkan kamera depan 32MP, tiga kamera beresolusi 24MP + 8MP + 2MP, dan bateri berkapasiti 3340 mAh, ditawarkan pada harga RM1,199.

Beli Huawei Nova 4 dan Nova 4e melalui Huawei Online Official Store:

Baca juga:

Servis Upah Pasang Dan Pelindung Skrin Percuma Sempena ‘Huawei Service Day’ – 3 & 4 Mei 2019

[Ulasan] Huawei Nova 4e Dengan Tetapan Tri-Kamera Belakang Pada Harga Kompetitif

Siri Huawei Nova 4 Dipilih Sebagai Duta Utama Program Realiti ‘Lagu Cinta Kita’

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend