Beli HUAWEI MateBook D 15 Dan Dapatkan Hadiah Bernilai Lebih RM1k Pada 18 Januari Ini Comments Off on Beli HUAWEI MateBook D 15 Dan Dapatkan Hadiah Bernilai Lebih RM1k Pada 18 Januari Ini

Hari ini merupakan hari pertama pra-tempahan HUAWEI MateBook D 15 dibuka kepada orang ramai. Ditawarkan pada harga RM2499 seunit, pelanggan yang menempahnya pada hari ini akan menerima hadiah bernilai RM1287. Pun begitu, tawaran lumayan ini hanya ditawarkan kepada 20 pelanggan pertama sahaja.

Sekiranya anda terlepas, usah khuatir kerana tawaran yang sama akan diadakan di empat buah lokasi pada 18 Januari 2020 di:

  • IOI City Mall, Putrajaya
  • Sunway Pyramid, Petaling Jaya
  • Queensbay Mall, Pulau Pinang
  • Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu

Pada hari tersebut, setiap pelanggan yang membeli melalui jerayawara HUAWEI MateBook D 15 layak mendapatkan hadiah berupa Microsoft Office 365, tetikus Bluetooth, dan HUAWEI FreeBuds 3 kesemuanya bernilai RM1287 secara percuma.

HUAWEI MateBook D 15 menampilkan ciri-ciri menarik seperti FullView Display dengan bezel senipis 5.3mm, akses pantas menggunakan pengimbas cap jari terbina, dan juga keupayaan perkongsian skrin mudah melalui fungsi Multi-screen Collaboration yang semuanya diperkasakan pemproses AMD Ryzen 5.

Komputer riba ini juga menyertakan memori 8GB RAM, 256GB SSD, dan 1TB HDD disamping I/O port seperti 1x USB 3.0, 2x USB 2.0, bicu audio 3.5mm, dan HDMI.

Baca juga:

HUAWEI MateBook D 14″ Dan MateBook D 15″ Kini Rasmi Dengan Intel Core Generasi Ke-10

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend